Tuesday, December 15, 2009

keputusan


# keputusan nie lama dah keluar
# bulan lepas saya masuk giveaway cloth diaperskan....takde rezeki nak untuk menang...lain kali join lagi. banyak ibu-ibu yg buat contest dan giveaway tp tak sempat nak join.

nie keputusannya ... selanjutnya boleh ke sini yer


cabutan bertuah dimenangi oleh :-

1. Mama Anin (babyland printed color CD)
2. Ms Notti(babyland bright color CD)


cerita terbaik dimenangi oleh :-

1. Mommy Alya, Baby : Alya Zahra Mohd Zarin
(coolababy velcro CD with wetbag)

2. Mama Auni, Baby : Auni
(coolababy snapbutton CD with legwarmer)

3. Siti Sifir, Baby : Arwa
(surprise...!!!)


TAHNIAH UNTUK IBU-IBU YANG MEMENANGI NYA !!!


berkahwin


# minggu lepas adalah minggu hari khas adikku berkahwin
# hari sabtu tengahari kami mula bertolak ke linggi, negeri sembilan, singgah dulu di rumah kak ipar solat jamak. sampai di rumah persinggahan dalam jam 6.30 ptg. terus bersiap utk ke akad nikah di rumah pengantin perempuan.

# malam tu ada upacara bergambar dan naik tandu. yg pasti, bebudak seronok sangat melihatnya. siap ada bunga api warna warni tu. anak saya entah kemana semasa upacara tersebut. melihat ayah ngah nyer naik tandu...hehehe
# selepas dari itu kami balik dulu. ayah saya tunggu adik sbb mereka ada lagi upacara. kami sudah tak larat sangat lagipun tak sempat nak rehat bila sampai tu

# dalam kesibukkan tu, jari adikku tak berinai pun. pagi sabtu tu ( tengahari kenduri) barulah isi inai. asalkan ada, udahlah kan.
# jam 1.30 tghr berarak dari surau perumahan dgn diiringi kompang yg amat merdu sekali. saya dpt buat upacara merenjis aje. yg lain2 tak sempat, anakku semuanya pelbagai ragam ada. semua taknak makan, time nak balik tu, semuanya mengamuk sbb lapar...

# selepas kenduri tu, terus balik umah. sampai jam 10.33 mlm ( masa tu tengok masa kat handphone) lembik dan lemah masih terasa hingga kehari ini .


( gambar mmg tiada sbb kamera memang tak bawak, jk ada pun pd handphone hubby time masa akad nikah, insyaallah, jika ada dari adik ipar, saya upload yer )




Friday, December 11, 2009

ayam




# ini isi dada ayam disalut dengan tepung radix hpa
# digorengkan dan dimakan begitu sahaja ( mcm KFC jual tuh...lupa kenamanya )




(gambar senget...nampakkan)
# ia makanan kesukaan syifa' ketika waktu petang @ pagi
# ia meratah dan pasti taknak makan nasi, kenyang ngan tu je



# isi dalam pinggan dan bagi kat dia
# ia pun terkedek-kedek bawak pinggan ke depan dan duduk ( lihat, amat cantik sekali bila duduk) pinggan letak di tengah-tengah
# auummm....auummm....bila makan ia sumbat 3 ketul...dah abis, datang semula ke dapur mintak ditambah lagi....


ceria dan senyum



# alhamdulillah di pagi hari jumaat yg mulia ini, suasana yg nyaman dan tenang sekali
# persiapan utk pergi ke kerja dan anak-anak sempurna dan tiada ketegangan (ada sedikit aje tp dpt di kawal...cewah)

# mood nak memulakan pekerjaan pun baik penuh keceriaan ( cuma senyum je tak bape nak senyum) ada kepatut...ceria tapi tak senyum (pelikkan)
# hari ini ada jamuan kesyukuran sempena sahabat ofis memperolehi kecemerlangan dalam prestasi, syukur alhamdulillah


Wednesday, December 9, 2009

suasana diri


# sekarang menguruskan pelbagai kerja perlu dibereskan
# dalam masa tertentu terasa boring dan bosan mengadap kerja...adakah saya tidak berminat melakukan kerja ?
# kepenatan ada terasa sedikit (mungkin banyak) dan mata amat mengantuk badan lemah sahaja. kurang tido? kurang oksigen? kurang rehat? tekanan? ....bila di listkan pasti banyak kan...
# nak bukak dan lawat blog kenkawan pun perasaan rasa tak gembira
# waduh....kritikal kah diri ini....