Wednesday, October 12, 2011

>> Dia Yang Maha Mengetahui


saya mohon pada Yang Maha Esa semoga diberkati kerja yang dilakukan seharian, berbaik-baik sesama rakan sekerja, saling bantu membantu dengan penuh keikhlasan dan segala-galanya berjalan dengan baik.

ari ni emosi sedikit dengan keadaan anak yg kurang sihat dan keadaan kerja yang terpaksa ditangguhkan dan terlupa akan beberapa kerja. semua nak kena ambil tahu, saya juga insan yang bergelar manusia yang tidak sempurna, ada ketika ingat ada ketika terlupa.

sifat saya dalam kerja, jika rakan-rakan perlu bantuan, saya mohon hati dan jiwa supaya melakukan seikhlas dan sebaik yang mungkin termampu oleh saya. saya akan gembira jika kerja tersebut dpt diuruskan dengan baik. bagaimana dengan kerja saya jika perlu bantuan rakan-rakan, adakah sama seperti saya lakukan atau sebaliknya ? itu saya tidak tahu, Allah s.w.t sahaja mengetahui tetapi dari fizikal kerja saya dapat menilai sejauh mana ia diuruskan.

nilai emosi hari ini...rasa sedih terhadap kerja-kerja yang ditinggalkan....isnin saya halfday, selasa berbengkel, rabu hingga jumaat terpaksa kerja pagi dan petang jaga anak...


UMMIE : untuk keluarga perlu korbankan masa kerja manakala untuk kerja perlu korbankan masa bersama dengan keluarga ....


0 orang tulis:

Blogger template 'FlowerFlush' by Ourblogtemplates.com 2008